Panduan Blog Hanya Untuk Anda

Panduan Blog Hanya Untuk Anda - Entri ini merupakan post yang pertama di blog BagiBlogger. Entri pertama ini kita mulakan dengan Pengenalan, tujuan blog ini, dan harapan BagiBlogger.


Panduan Blog Hanya Untuk Anda


Panduan Blog Hanya Untuk Anda

Pengenalan BagiBlogger

Blog ini dibuat oleh saya, Calrase Patrick dari negeri Sabah di bawah bayu Malaysia. Saya berumur 17 tahun dan saya mula berblog pada awal tahun 2014. Saya masih baru dalam dunia blogging dan masih perlu banyak belajar mengenai blog. Jadi kita sama-sama gunakan blog tempat kita sama-sama belajar mengenai blog.

Tujuan utama blog ini dibuat ialah untuk berkongsi tentang panduan blog untuk para blogger. Blog ini saya akan isi dengan pelbagai panduan blog yang pastinya untuk anda semua. Jadi, kita sama-sama belajar mengenai blog di blog ini kerana saya juga masih kurang pengetahuan tentang blog. Saya gunakan bagiblogger.blogspot.com kerana apa? kerana blog ini memang di khaskan untuk berbagi panduan blog.

Semua panduan yang bakal post disini adalah bukan seratus peratus dari pengetahuan saya. Saya juga akan kongsikan tips-tips yang menarik dan berguna daripada blogger-blogger hebat dari seluruh dunia.

Antara topik yang kita akan bincang di dalam blog ini adalah seperti:
  • Panduan Blog
  • SEO
  • Buat duit dengan blog
  • Widget Blog
  • Template Blogger
  • dan banyak lagi berkaitan dengan blog

Harapan BagiBlogger
Saya harap blog BagiBlogger ini bermanfaat untuk semua pembaca dan saya akan berusaha dengan kuat untuk memberikan yang terbaik dengan cara yang lebih professional untuk anda semua.

Dan semoga anda semua dapat mencari apa yang diinginkan atau di kehendaki dari blog ini. Jika anda pertanyaan tentang blog atau yang berkaitan dengannya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di Facebook atau Email. Saya akan cuba untuk membantu anda jika saya mampu.

Sekian sahaja untuk entri pertama ini. Semoga maju jaya untuk semua.