Belajar Cara Buat Blog

Belajar Buat Blog - Ramai orang yang mahukan langkah yang paling mudah untuk buat blog. Jadi, hari ini saya akan kongsikan kepada kamu semua cara buat blog yang mudah itu.

Sebelum kita belajar buat blog, satu hal yang wajib kita ambil tahu ialah mengenai apa sebenarnya blog itu.

Apa Itu Blog

Blog adalah bentuk Aplikasi Web. Pada asasnya merupakan bahagian dari laman web yang dapat diakses secara online yang memiliki fungsi utama memuat tulisan-tulisan dan gambar (dimuat dalam posting) pada setiap halaman web. Blog biasanya dikendalikan oleh pengguna tunggal (sebahagian lainnya oleh beberapa penulis) dibuat sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Fungsi Blog
Fungsi blog pada dasarnya adalah sebagai media publikasi untuk menyalurkan idea atau catatan harian melalui tulisan-tulisan yang di muat dalam posting. Dalam perkembangan sekarang, blogger boleh buat duit dengan blog melalui iklan yang terpasang di blog. Untuk dapat menghasilkan duit, blog harus mempunyai pengunjung/visitor.

Sejarah Blog
Media Blog pertama kali dipopularkan oleh blogger.com, dimiliki oleh syarikat Pyra Labs yang disebarluaskan pada bulan Ogos 1999. Kerana kepopularan tersebut, Pyra Labs akhirnya diakuisisi oleh Google pada akhir tahun 2002. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat Open Source yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.

Kenapa perlu belajar buat blog?


  1. Kalau kamu ada hobi menulis, asahkan lagi penulisan kamu dengan berblog
  2. Belajar untuk memperbaiki penulisan
  3. Dengan berblog, kamu boleh pelajari banyak benda baru
  4. Boleh tolong orang lain dengan menulis entri yang bermanfaat dalam blog kamu
  5. Dapat ramai kawan baru di alam maya
  6. Paling menarik sekali, kamu boleh buat duit dengan blog. Seperti buat duit dengan adsense, nuffnang, ataupun affiliate.
Nah banyak sebab sebenarnya kenapa kamu harus belajar buat blog, tetapi cukuplah itu dahulu untuk sekarang. Bila kamu sendiri sudah lama berblog pasti lebih banyak kelebihan yang kamu dapat.

Jadi, kalau kamu berminat untuk buat blog sendiri secara percuma, saya sangat sarankan kamu untuk muat turun ebook yang paling berguna ini.

Ebook panduan belajar buat blog


Ebook belajar buat blog setebal 119 muka surat ini terbahagi kepada 7 bab kesemuanya iaitu:
  1. Bab 1 : Nak buat blog tentang apa?
  2. Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
  3. Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
  4. Bab 4 : Buat duit dengan blog
  5. Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
  6. Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
  7. Bab 7 : Rumusan dan penutup

Tips Blogging Untuk Blogger Baru

1. Konsisten berblog.
2. Jangan abaikan rakan blogger yang lain.
3. Jangan tiru cara orang lain.
4. Jadikan blogger yang lain sebagai inspirasi.
5. Rajin blogwalking.
6. Kalau boleh guna domain sendiri
7. Jangan balik-balik ganti template blog.
8. Rajin baca blog orang lain.

Kesimpulan mengenai belajar buat blog

Belajar buat blog sememangnya bukan satu hal yang sangat susah. Begitu juga dengan membuat blog, ianya sangat senang. Tetapi, untuk menghasilkan blog yang berjaya adalah satu hal yang memerlukan usaha yang kuat.

Banyak sebenarnya platform untuk buat blog seperti wordpress, weebly dan sangat banyak lagi. Tetapi saya cadangkan agar kamu belajar buat blog di blogger dulu, sebab ianya sangat mudah. Saya turut menulis blog di platform blogger iaitu blog saya sendiri Adi Channel

Contest SEO Belajar Buat Blog


Baru-baru ini seorang rakan blogger iaitu Tuan Muhamad anuar Marsib telah menganjurkan satu Contest SEO khas untuk para blogger Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, entri yang sedang anda baca ini merupakan entri penyertaan untuk Contest SEO belajar buat blog tersebut. Oleh itu, saya mahu ajak semua rakan blogger Malaysia untuk turut serta dalam Contest ini. Cabaran Contest SEO : Belajar Buat Blog ini berlangsung dari 25 Januari sehingga 25 April 2017.

Contest ini turut disertai oleh calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.my, missobsesi.blogspot.my, sayidahnapisah.com, mommyfiqa.com, bloggerlelaki.com, ciklapunyabelog.blogspot.my, dianarashid.com, susahsenangblogger.com, at-tarmizi.blogspot.my, myideakini.com, amirkhalis.blogspot.my, sayabukancikgu.com, messarah.blogspot.my, jangan-bukak.blogspot.my, fadzirazak.com, heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarra.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.my, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, belajarbuatblogpercuma.wordpress.com, iuzira.com, hiburansabah.com, heroborneo.com, nasitambah.com, aynorablogs.com, ohtiptop.com, jebengotai.com, sensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.my, jambubatublog.com, adibsite.com, sishawa.blogspot.my, cikilamenari.blogspot.my, alongxp.com, elihjapahar.com, jiesusanos.com, sianangbumaya.com, bagiblogger.blogspot.com, vitamin-cerdik.com

Semoga anda berjaya belajar buat blog sendiri.

Panduan cara mudah buat duit dengan aplikasi handphone 2019 tanpa modal. Silakan baca di Buat Duit Dengan ReadWard